Sunday, October 4, 2015

LANGKAWI - 3H2M

Langkawi.

Sebut je namanya mesti semua orang tahu apa yang ada kat sana. Helang besar! Hehehe.

Dari perkataan Lang tu mesti boleh tahu, helang kot tu. Tapi kawi tu teman tak taw, sawi taw la. Ngiahaha.

Okay-okay kita kembali semula.  Sebenarnya ada macam-macam tempat yang menarik kat Langkawi ni yang ramai orang tahu, tapi Burung Helang besar yang dok tercongok tepi Jeti Kuah tu salah satu landmark dia la.

Kenapa wida tetiba nak cerita pasal Langkawi? Haa mustahil la kalau tak bersebab. Hahaha mari bercuti bersama wida! Cewah!

.....

Nak dijadikan cerita kenapa Wida tetiba nak tulis pasal Langkawi ni adalah bermula dari rancangan seawal semester 3 oleh classmates Wida untuk sama-sama bercuti ke Pulau Langkawi ni. Tapi yelah, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalannya. Semester 5 ni baru berpeluang nak jejakkan kaki sekali lagi ke Pulau Langkawi ni. Punya la lama perancangan ni tertangguh! Semuanya bersebab. Duit tak cukup, assignment menggunung, cuaca tak berapa baik, macam-macam lagi la.

Flashback!

Lagi seminggu nak habis cuti sem.

Atin (bukan nama sebenar) ajak join pegi Langkawi. Katanya Mira (bukan nama sebenar jugak) nak guna pakej yang RM99 untuk student tu. Masa tu terfikir, bestnye kalau dapat join. Tapi mak bagi ke ni. Sedih sesiap dulu. Padahal belum tanya lagi. Bengong. Setelah beberapa hari dan ketika, dapat la bagi keputusan. Join! Yippiee! *okay over sangat! Setelah mendapat persetujuan semua, akhirnya 6 orang je yang join. Disebabkan tarikh yang dipilih, Bella (bukan nama sebenar jugak) tak dapat join kitorang. Huhuhuhuhu.

Okay boleh tutup flashback. Seminggu berlalu. Dah tiba masa untuk kembali ke Arau.

Kelas bermula macam biasa. Dengan lecturer baru, subjek baru, jadual pun baru. Empat hari je kelas, Isnin-Khamis. Kena pandai woo pilih kelas yang takda kelas hari Jumaat. Heheh. Hari Khamis malam Jumaat tu sesiap dah la kemas baju ape yang patut untuk pakai sepanjang, ehh not sepanjang la, sependek 3 hari 2 malam kat sana nanti. Haha over nau kau Wida... Kira pakai jari tangan, tak cukup jugak tambah pulak jari kaki takut tak cukup baju nak dibawak. Akhirnya satu bagpack siap penuh dengan baju-bajuan. Mana hang belajaq Wida oiii. Nangis cikgu BM hang kalau dengaq student kesayangan dia tak reti guna kata ganda ni. Eh terbagitahu pulak kita student kesayangan cikgu BM dulu. Kohkohkoh.

11 September 2015

Perancangan awal adalah bergerak dari Arau ke Jeti Kuala Perlis dalam pukul 9 gitu. Then berkumpul kat rumah sewa Jue and the gang (bukan nama sebenar lagi). Dah kumpul kesemua ahli rombongan, kami pun bergerak 2 kereta ke Kuala Perlis. Tak jauh pun lebih kurang dalam 20 minit cenggitu je.

Sampai je kat jeti, kami semua pakat kalut keluarkan barang sebabnya ada orang-orang naik motor yang jaga parking kat area situ dok mengekor sebab nak suruh kitorang park kereta dekat tempat diorang. Sehari RM15 kalau tak silap. Fuh duit duit!

Dah! Lupakan je diorang tu! Hahaha!

Selesai je menstabilkan diri, kami pakat beratur untuk beli tiket feri. RM18/person. *masing-masing keluar duit. Nah! Settled! Pukul 11 punya trip so kami kena tunggu untuk feri sampai. *sesiap mintak Atin belikan asam sebab lupa nak sambar minyak cap kapak kat dalam lemari. Risau weh sebab sebelum ni naik feri pergi Pangkor pun kemain mabuk laut! Hehehe tapi tak wekk wekk laaa.

Masa berlalu berlalu...
Feri pun sampai...

Bergema suara pekerja kat jeti tu bagitahu pemegang tiket sama dengan kami untuk masuk tempat berlepas sekarang. Wehehehe masa tu teruja bak hanggg! Dah lama kot tak jejak kaki ke Pulau Langkawi nih! First time pergi masa Darjah 5. Tu pun sebab join rombongan sekolah, memang rezeki masa tu dapat cikgu yang rajin buat trip. Teacher Kuna nama dia (yang ni nama sebenar, hehehehehe).

Okay cukup! Mari kembali semula ke pintu feri cepat! 

Haaa! Yang buatkan Wida rasa selamat nak naik feri ni sebab jambatan antara feri dengan pelantar jeti ni diorang guna jambatan besi yang boleh kata lebar la jugak, then feri tu diorang ikat elok2 dengan pelantar ni. So feri takkan goyang-goyang kuat sangat ikut alunan air laut kat bawah tu. 

Kalau dibandingkan dengan feri masa nak pergi Pangkor dulu, bergoyang-goyang kot. Sampai kawan-kawan Wida kena pegang tangan Wida masa nak lintas nak ke feri. Hehehe Wida ni nampak je kental, tapi ada benda yang Wida takut jugak.

Dalam feri pulak ada cerita lain. Hehehe...

Disebabkan kami naik kira awal jugak, so senang la kami nak cari seat kami memasing. Dapat tiket tingkat atas taw weh! Dapat la tengok laut, kalau dok bawah tak dapat nak tengok luar. Dalam 10 minit kami duduk, ada la serombongan makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, dan abang-abang masuk riuh-rendah cari seat diorang. 

Tak lama lepas tu feri pun berlepas. Dah 10 minit berlepas nih, hal seat diorang tadi tu tak settle lagi. Masalah utamanya adalah anak-anak taknak duduk berpisah dengan mak ayah. Kami dah angin dah. Orang nak jalan santai-santai. diorang boleh pulak bertekak berebut seat. Halahaiiiiiiii rasa nak tabuh sorang-sorang. Akhirnya lepas orang yang in-charge feri tu slow-talk dengan beberapa penumpang lain, selesai dah masalah diorang tu.

Dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah makan masa lebih kurang 1 jam.

Dah cuba nak tidur tapi tak mau lena. Aishhh mata ni, awak taw tak tadi awak bangun awal? So sekarang saya kasi awak rehat ni, awak taknak pulak eh! Okay monolog sikit dengan mata ni. Hahaha.

1 jam berlalu.. nampak dah kelibat jeti, Helang pun sama-sama menyambut kedatangan kami. Senyum lebaq la wehh! Ngeeeeeee.. Berenti je feri, terus kalut sarung beg nak turun cepat-cepat. Hahahaha childish noh! Akhirnya selamat turun dari feri dan ikut la semua orang jalan keluar dari jeti. Mira siap-siap withdraw duit dulu sebelum kami keluar dari perkarangan dalam jeti tu. Sambil-sambil tu call orang yang kereta sewa untuk ambik kami kat situ. Dalam 15 minit menunggu, orang tu pun sampai dengan van besaq dia. Bergerak lah kami ke tempat untuk ambik kereta sewa.

Tak jauh pun dari Jeti Kuah dalam 10 minit je kami dah sampai. Kami request kereta Avanza sebab senang sikit besaq untuk 6 orang. Hehehe. Selesai deal dengan orang tu dan bayar deposit tapi nanti pulangkan kereta dapat balik la duit tu. Semua ambik tempat masing-masing. Mai ditugaskan untuk jadi driver untuk hari pertama ni. Dan tempat pertama kami kena pergi adalah petrol pump! Sebabnya minyak memang diorang kasi kat hujung E nuh!

Memasing keluarkan RM10 sorang. RM60 untuk 3 hari. Redah jela. Hahahah. Bermula dari situ kami perlukan bantuan Aplikasi Waze untuk pergi ke motel kami iaitu Century Rest Inn. Ikut dah apa yang benda tu suruh, dah sampai tapi masih tak nampak kelibat hotel tu. Ahh sudah! Masa tu kalut dah pusing sekitar situ dan tak lama lepastu nampak dah rumah kedai warna hijau antara kedai-kedai lain. Selesai park kereta, kami pun check-in dulu.

Perancangan dalam kereta tadi, lepas check-in nak solat  Zohor sebabnya sampai je hotel dah pukul 1.30 dan guling-guling sat. Then keluar semula pergi naik Cable Car! Weheeeee!

Golek punya golek, meluruskan pinggang sesambil tunggu turn nak solat zohor, tak sampai 1 jam kami dah siap-siap semula untuk aktiviti pertama di Pulau Langkawi! Teringat lagi macam mana excitednya perasaan masa tu.. Hehehe
.....

Masuk je kereta, tugas wajib Yong adalah mulakan waze untuk menujuk ke Cable Car atau nama official dia SkyCab.. Hehehe. Perjalanan dari hotel ke kawasan pergunungan tu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tapi untuk kami pada hari tu makan masa 1 jam lebih disebabkan tayar lereta pancit lagi lebih kurang 10 minit nak sampai ke destinasi yang dituju. Huhuhu. Peristiwa ni memang betul-betul jadi kenangan dan pengajaran untuk kami semua sebabnya kami langsung tak check kondisi kereta tu dalam keadaan baik atau tak. Rupanya kereta tu tak ada tayar spare, tools untuk baiki atau tukar tayar pun TAK ADA!

Nampak tak betapa lalainya kami? Langsung tak fikirkan perkara-perkara macam ni. Tapi perempuan kan? Mana nak terfikirkan benda-benda ni. Hehehe masih nak cover kannn.

*Situasi bila sedar ada sesuatu tak kena

Bunyi gedegang-gedegang kat tayar belah kiri. Mai pun berentikan kereta kat bahu jalan betul-betul kat tepi pokok rendang. *Rendang tau! Bukan rendang ayam tu, hahahaha. Okay sambung lagi. Lepas tu Wida ngan Mira kat seat belah kiri pakat turun nak tengok tayar. Tayar belakang okay! Tengok tayar depan pulak. Allahuakbar!

Siap ada lubang lagi kat tayar tu, bunga pun nak licin dah. Ujian untuk kami haritu. Mira pun call orang kereta sewa nak mintak carikan mekanik. Sesambil tu berpuluh-puluh kereta lalu kemain laju kat situ. Orang kampung naik moto pun tengok-tengok kami tersadai kat tepi jalan tu


Ada la sorang abang tu bawak anak-anak dia meronda berenti tanya masalah kami. Lepas tengok-tengok keadaaan dan kami bagitahu yang ada mekanik akan datang, dia pun balik. Dekat sejam jugak la kami tersadai kat tepi jalan tu. Semua dah pakat bersila atas daun kering, duduk kat akar pokok, ketip kuku *ha ini rare, sempat lagi kot hahaha.

Bila mekanik tu datang terus rasa lega. Dia pun pelik sebab kereta sewa kami ni takda tayar spare dan tools sepatah haram pun takda. Pendiam abang ni, senyap je dia buat kerja. Naikkan jet, bukak nut tayar, pasang tayar baru. Selesai je semua terus berkobar-kobar semula semangat nak naik cable car. Memang ngam ngam la pukul 4 estimated time kitorang akan gerak semula. Hehe

Mai pun teruskan pemanduan menyusuri lereng-lereng gunung nak menuju ke Gunung Machincahang. Seriously jalan dia memang macam ular kena palu! Kejap corner kiri, kejap kanan. Berkat kesabaran akhirnya sampai la kami di kaki gunung.

Cable Car/SkyCab
Dari jalan raya dah nampak dah kelibat Cable Car kat atas gunung. Rasa gayat datang secara tiba-tiba. Damn! Nak naik jugak! Tak kira!

Parking kereta, then pegi ke entrance dia. Masa tu ramai lagi orang, bas pun banyak. Memang cantik la kawasan tu. Kena lalu jambatan gantung nak melintas sungai yang super jernih. Rasa macam nak rendam kaki pulak kat situ. Hehehe!

Jalan punya jalan, sampai la kami ke kaunter tiket. Tengok pakej sana, pakej sini. Tetiba ada sorang akak tu datang dan terangkan kat kami pasal pakej Cable Car ni. Bla bla bla dia terangkan. Dia mintak IC masing-masing. Disebabkan Dina (bukan nama sebenar) punya IC orang Kedah, kami dapat diskaun! Tapi diskaun tu cover 5 orang je termasuk owner IC Kedah tu. Tapi takpe lah, kongsi-kongsi la cover untuk sorang lagi. As long as kami dapat jimatkan kos, nevermind! Hahaha!

Ni harga yang kami bayar, bandingkan dengan harga asal okay!

Cable Car + SkyDome RM20
3D Art RM20

Ha gitu! Nampak tak penjimatan di situ? Harga asal Cable Car + SkyDome + 3D Art = RM65

Okay jom!

Tiket dah dapat so apa tunggu lagi! Pegi entrance dan queue untuk masuk SkyDome dulu. Tapi sebelum tu petugas kat situ suruh posing amik gambar kenangan dulu. Rupanya lepas selesai masuk SkyDome, diorang dah siap print gambar tadi untuk kami beli sebelum naik ke Cable Car pulak. Dekat checkpoint-checkpoint Cable Car pun ada dah orang menunggu untuk ambil gambar, print, dan ajak kami beli gambar-gambar tu. 

Mungkin tak perlu kot untuk Wida beli sebab ambil gambar dengan handphone dan kamera kawan-kawan pun dah cukup memadai. Tak perlu keluar duit.

Eh! Meh Wida sambung cerita nak masuk SkyDome tadi.

Selesai sengih-sengih bergambar, sampai turn kami untuk masuk. Ambik tempat macam dalam panggung wayang, then tengok depan ada muncul gambar gerabak roller coaster. Ah sudah! Ni comfirm punca aku pening ni! Bila dia play je, mata buat tak taw je. Tengok macam takda perasaan. Tapi bila dia kona tonggang tebalik, dia mula dah! dia mula dah! Pening! Terus tunduk! Ambik henpon, main sat. Tak lama lepas tu habis. Itu je? What the? Blurghhh!

Okay cukup la tu. Kita lupakan jela ape yang jadi dalam SkyDome tu. Watlek watpis. Hahaha!

Keluar je dari Sky Dome tu, kami terus beratur untuk naik Cable Car. Mula mula tengok orang depan naik tu cuak jugak. Rasa macam biar betul aku nak naik Cable Car nih! Macam tak percaya je. Hahaha! Lepas habis orang depan kami berlepas, sampai la car untuk kami pulak. Akak petugas tu suruh kami beratur sebabnya car ni sentiasa bergerak. Dia tak berenti. So kena masuk step by step.

Selamat! Cukup seat untuk 6 orang. Kitorang ambik tempat masing-masing. Pintu car tu pun tutup dan bergeraklah kami mengikut aliran cable. Mula mula berderau darah bila laju je car tu nak keluar dari checkpoint memula tu. Fuhh! Kalau nak tahu, wida la yang paling kuat menjerit masa tu! Kihkihkih!

Kami dak la brutal sangat. Ada masa memang kami penakut. Hahaha!


Haa ni pemandangan dari dalam cable car

Lepas ke satu checkpoint ke satu check point kami bergerak. Bukan main gayat weh wa cakap lu orang. Menggigil kepala lutut ni. Aduhaiii niat nak selpiaq pun terpaksa dilupakan je. Nak pegang henpon pun menggigil weh! Hahaha!

Akhirnya sampai sudah kami ke hentian pertama. Wida takmau cerita banyak, moh la tengok gambar-gambar kami kat atas gunung ni ha. Hehehe!



Seterusnya kami naik cable car untuk pergi ke hentian yang paling atas. Dah alang-alang naik mestila kena naik sampai habis tak gitu? Hehehe!

Dalam cable car

Sampai je kat puncak, kami pun turun dan dapat la abadikan beberapa puluh gambar kenangan terjejaknya kaki kat sana. Hohoho! Ayat takda skema lagi kannn

Sejuk kat atas ni weh!


SkyBridge ni kalau nak naik, kena bayar lain rupanya. So tak dapat la kami nak merasa. Huhuhu

Gayat sebenarnya tapi gigih nak pegi ke tepi kaca tu hahaha!

Senyum tak perlu kata apa-apa ngehehehe

Seterusnya lepas dah penat naik tangga sebab nak pegi tempat yang ada view baek punya, kami pun decide untuk turun dah. Lepas dah hajat nak merasa naik CableCar ni. Otw turun terpikir sape la yang mencipta benda alah ni? Haihh bikin wa cuak wo! Hahaha! *tutup muka, malu!


Masa tengah tunggu turn nak naik Cable Car turun bawah


Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam

Akhirnya sampai la kami ke pintu masuk semula. Puas! Macam tak percaya dapat naik! Alhamdulillah. Hehehe!

Lepas je sampai checkpoint terakhir, ada lagi gambar. Mna boleh takda. Hahaha!

Seterusnya kami bergerak ke kaunter tiket 3D Art Museum pulak. Masa kami nak masuk tu dah pukul 5 something jugak la sebenarnya. Tapi tetap nak masuk jugak sebab dah sekali pakej. Ngeh!

3D Art Museum

Haa lepas korang tengok gambar-gambar kat bawah ni, mesti korang perasan sape yang pernah ambil gambar kat sini. Mustahil la takda sorang pun yang tahu pasal ni kannn!

Tun Dr. Mahathir Mohamad dgn isteri dia pernah bergambar kat sini. Tu la sebab Wida tahu pasal 3D Art Museum ni. Hehehe! Engkorang tengok la gambar-gambar kat bawah ni. Abaikan manusia-manusia dalam tu, tengok art tu je ye! Hahaha!



Muka tak takut langsung! Hahaha!


Takde orang sangat dah masa ni boleh la posing cenggini hahaha!

Pewwitt! Jadi badut sat kat circus hahaha!






Sebenarnya banyak lagi art yang ada dalam museum ni. Tapi tak semua yang kami larat nak posing dan tak semua yang wida upload kat sini sebab ada yang terseksi, terseksa, semua-semua la yang sensitip sikit. Hahaha! Dan disebabkan terlalu banyak gambar, wida buat jadi collage je. Hehe! Okay tepat pukul 6.30 petang baru la kami keluar dari 3D Art Museum ni. Dengan muka kepenatan, kaki sakit, perut lapar, tak solat Asar lagi, semua dah give up. Tak mampu dah nak bergambar lagi.

So kami pun bergerak la keluar dan cari surau sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. 

Selesai solat, plan seterusnya adalah cari kedai makan la sebab masing-masing perut dah bernyanyi riang. Hahaha! 

HIG
Selesai makan dan solat maghrib, destinasi seterusnya adalah shopping cekelat kat HIG. Tapi disebabkan perut wida kenyang, malam tu memang mood wida nak pilih cekelat hilang terus. Round-round sekitar kawasan cekelat dan luggage, then wida keluar dari bangunan sebab nak cari tempat duduk. Fuhh lega! Dapat la melepaskan angin sedas dua sementara tunggu kawan-kawan wida shopping. Hahaha! Perangai!

Sampai hotel lebih kurang pukul 10.30. Sebelum tidur, dah plan dah esok kena ada kat lobby pukul 8.30. Pukul 9 dah sampai Jeti Kilim. So sesiap kira setiap suku jam mesti ada sorang yang mandi. Dari pukul 6.00, 6.15, 6.30, 6.45, 7.00, 7.15. Haaa hebat tak plan A kitorang?

12 September 2015

Kehkeh tapi terbabas jugak dari timing asal. Hahaha. Tapi Wida dengan Mai siap paling awal la then kitorang turun dulu sebab nak pegi withdraw duit kat Bank Islam. Nak dijadikan cerita, sorang kata nampak bank tu belah kanan, sorang kata belah kiri. Yang lain pun ada kata kanan kiri. Sudahnya waze je. Waze pun tak jumpa! Ah sudah. Rasanya tak jauh pun bank ni semalam. Pusing-pusing masuk keluar simpang, rupanya jarak bank dari hotel kami duduk tu tak jauh mana pun. Naik kereta tak sampai 5 minit pun. Aduhaiii waze waze. Sabaq jela.

Kilim Geoforest Park
Selesai segala urusan, pick up yang lain kat depan hotel, then kami bergerak ke Kilim Geoforest Park. Perjalanan ke sana lebih kurang 20 minit dan ada la tersesat sikit-sikit then tanya orang jela senang cerita! Sampai je kat sana rupanya orang yang handle kami tu pun tak sampai lagi. Jadinya melangut la kami kat jeti tu sambil tengok matahari pagi, nelayan-nelayan ulang-alik dan orang-orang yang pandu bot untuk pelancong memanaskan enjin bot dulu.

Bila tiba turn kami untuk naik bot, rupanya ada lagi 4 orang lelaki join kami sekali naik 1 bot. Ermmm okay. Takmau cakap lebih lebih. Dah kena bahan kaw-kaw dengan kawan-kawan. Cis! Tak kasi chance langsung hahaha!

Okay! Pengembaraan bermula! Abang bot tu bawak kami jalan tengok kawasan paya bakau dulu. Dengan air warna hijau, cantik tapi seram la jugak. Hehehe.

Muka-muka bahagia dapat naik bot hehehe!

Checkpoint pertama adalah Gua Kelawar namanya kalau tak salah. Abang tu turunkan kami kat jeti dan tinggalkan kami kat situ untuk ambik pelancong lain. Dia bagi masa 30 minit untuk kami masuk ke dalam gua tu. Cantik! Banyak kelawar kat dalam gua tu! Hahaha excited lebih pulak.



Posing jangan tak posing, hahaha!

Dah selesai menyusur laluan dalam gua tu, kami kembali ke jeti semula dan menunggu abang bot pick up untuk ke destinasi seterusnya. Dah naik bot, abang bot kasi semua pakai life jacket sebab katanya dia nak bawak laju. Hahaha! Excited woi!


Then bila nak melintas semula depan jeti, ada sorang brader ni panggil abang bot ni. Katanya nak tambah lagi 3 orang masuk bot kami. Cis! Kacau betul! Overload dah nih! *geram masih terasa sampai sekarang taw. Sebabnya bila dioranng masuk sekali, life jacket kena kasi kat diorang pulak. So Wida dengan Mai tak pakai jacket sebab kami dok kat tengah. Sampai hati abang bot buat kami cenggini. Tsskkk Tskkk! Okay over kau Wida bercerita.

Dah la tu, malas nak masukkan cerita pasal diorang dalam ni. Kohkohkoh. Disebabkan kami berdua tak pakai jacket, makanya tudung kami berterbangan bebas bak Burung Helang mencari makan. Hahaha macam kena je. So pandai-pandai la pegang tudung kasi tak terbang-terbang. Dah la lelaki 4 orang tu duduk seat belakang dekat dengan abang bot.

Berlepasla kami dengan lajunya menyusur laluan paya bakau ni menuju ke arah Gua Buaya, sangkar ikan dan kawasan helang.

Abang bot cakap ni kapal-kapal pelancong dari luar negara. Diorang beli dan letakkan kat sini. Bila datang sini, diorang ada tempat diorang sendiri. Fuh kayo kayo

Nampak tak macam rumah atas air tu? Tu la tempat fish feeding. Tapi abang bot bawak kami pegi Gua Buaya dulu. Then patah balik ke sangkar ikan

Gua Buaya yang takda buaya

Gua Buaya ni, bot hanya boleh masuk satu persatu ke dalam gua tu. Dan boleh masuk sekerat jalan je. Then bot terpaksa menundur semula sebabnya tak lepas atap bot untuk tembus sampai ke hujung. Dan abang bot tu cakap, nama Gua Buaya ni diambil sebab rupa gua tu macam kepala buaya. Alkisahnya lah. Hehehe. Seterusnya kami bergerak ke sangkar ikan. 

Berhenti dekat sangkar ikan. Kat situ ada orang yang tunggu untuk terangkan jenis-jenis ikan yang ada kat situ dan kasi ikan-ikan tu makan. Antaranya ikan pari, ikan corak-corak macam nemo dan macam-macam lagi la. Apa yang buat kami lebih semangat nak tengok adalah yang kasi penerangan tu budak kecik je! Macam baru umur13-14 tahun camtu. Haihh kerja baik-baik noh adik. Hehehe tu kata dalam hati jela. Dak la pegi cakap kat dia hahahahah!


Tengok tu selamberr je dia suap ikan pari tu



Posing sat guna timer camera je hehehe takda orang nak tolong amikkan gambar


Seterusnya kami bergerak lebih jauh, tengok kawasan burung helang. Banyak gila burung terbang kat kawasan tu. First time tengok helang kat depan mata kot! Selalu tengok dalam gambar je. Dan ada sekor yang paling besar! Memang besar la bila dia kembangkan dua-dua kepak dia. Osem! *hehe excited gila cerita part ni

Nampak tak burung helang tengah terbang tu? Ada sekor tu besar gila! Serious! Memang teruja la tengok burung helang depan mata wa cakap lu hahaha!

Then lepas puas tengok helang, abang bot bawak kami lebih jauh ke laut lepas. Perasaan yang sukar digambarkan bila tengok pemandangan yang menakjubkan. Ciptaan Allah yang Maha Agung. Rasa macam nak record semua nya ke dalam otak dan mainkan bila perlukan ketenangan. Cewah! Okay sambung-sambung, then abang bot bawak kami ke pantai. Kat situ kami dibenarkan mandi-manda sampai pukul 12 tengah hari. Boleh kata sejam jugak la lebih kurang. Turun je bot terus kami cari port untuk letak barang then bermulalah aktiviti photoshoot dan sambil mandi-manda. Wehehehe syok wo bila Mira bawak camera DSLR dia. Feel nak bergambar tu lebih tinggi la  hehehehe!



Dah sampai kat Pulau Cherita namanya. Oyeahhhh! Biarlah gambar yang berbicara. Wida nak rehat sat. Penat woi menulih!











Haa nampak tak kegairahan kami? Melompat sakan! Tu baru sikit wida masukkan. Ada lagi sebenarnya aksi-aksi dari kami. Hahaha!

Tengah syok-syok mandi tu terdengar-dengar dah bunyi guruh kat langit. Ah sudah, nampak gaya macam nak hujan je kejap lagi ni. Jam dekat-dekat pukul 12 tu kami pakat2 naik  ke darat tapi budak 4 orang tu masih syok mandi kat hujung sana. Bagus betul p main jauh-jauh noh! Hehehe. Bila nampak je kami semua dah naik bot, kelam-kabut diorang naik ke darat dan sarung baju terus lari-lari anak ke arah bot.

Macam laluan nak masuk ke alam lain je gayanya. Hehehe!


Perjalanan kitorang pulang ke jeti bersama hujan yang boleh kata lebat kot. Tak pasti  la sebab abang bot ni pun bawak laju jugak. Rasa macam dalam klip video lagu cinta pulak. Dengan angin kuat menerpa ke pipi, titis-titis hujan menusuk di hati. Sesambil tu nyannyi la lagu jiwang sikit. Tu yang bertambah lebat kot. Aduhaiii Wida Wida

Sampai je jeti terus kami pegi ke kereta, ambil baju bersih dan cari tandas untuk tukar baju. Kemain jauh tandasnye weh! Berhujan la kami ke tandas, tak boleh nak masuk kereta sebab driver pun basah kuyup sebab mandi laut tadi. Hehehe.. 

Selesai tukar pakaian bersih, destinasi seterus kami adalah cari makan! Perut masing-masing dan bernyanyi berjoget dah. Sejak dalam bot lagi. Hahaha. So kami singgah la dekat kedai  makan yang berdekatan dan makan nasik campur. Boleh tahan sedap la makanan kat situ. Harga pun tak mahal taw. Kedai tu dekat sebelah outlet Idaman Suri je.

Idaman Suri
Lepas makan, tak sah la kalau tak masuk Idaman Suri kejap. Hajat nak surrvey luggage. Tapi kat situ tak ada banyak pilihan. So pergi la menerawang pusing-pusing tengok pinggan mangkuk berlambak-lambak. Dok perati makcik-makcik pilih pinggan mangkuk. Pasangan-pasangan muda pun tak kurang jugak. Si suami follow je isteri pegi ke satu tempat ke satu tempat. Sabar je kihkih kalau dah namanya perempuan. 

Wida pun tak terkecuali termakan hasutan harga-harga murah perkakas-perkakas dapur kat situ. Cis!  

The Zon
Kami meneruskan perjalanan dengan bantuan waze sekali lagi ke The Zon pulak. Hajat utama ke sini adalah nak cari Aiskrim Gulung. Ini pun hasil dari bacaan post-post tentang makanan menarik kat Langkawi jugak. Unik taw. Sebelum tu shopping cokelat dulu dekat dalam The Zon tu sebabnya bila compare Daim dekat HIG RM17.50 dengan The Zone RM17.30, The Zone murah sikit walaupun beza hanya 20sen. Wida terus beli 3 pack sebab ada sepupu order sekali. Hehehe!

Dalam masa yang sama, masing-masing mencari lokasi Aiskrim Gulung tu. Tak jumpa! Kat mana pulak nih? Ada restoran dia ke? Rupa-rupanya dia masih ada dekat ruang yang sama dengan coklat tadi tu. Ada lot untuk gerai tu. Masing-masing order ikut flavor yang diminati. Wida macam biasa la, cokelat! Hehehe!


1 cup ada 6 gulung. Memang menarik sebenarnya cara penyediaan aiskrim gulung ni. Bukan main fokus Wida perati. Hahaha! Dengan harga RM10/cup, untuk student macam Wida ni mungkin ini pertama dan terakhir kali la kot Wida beli. Huhuhu disebabkan teringin, so pejam mata jela bayar T_T

Laksa Ikan Sekoq
Antara misi utama kami ke Langkawi pun sebab nak makan laksa. Bukan laksa yang selalu makan kat merata-rata ni tapi kat sana kawww punya! Laksa Ikan Sekoq! Lepas terbaca beberapa post pasal laksa ni tu yang menguatkan lagi hajat nak ke Langkawi ni sebenarnya. Kihkih!

Memang tercapai la hajat nak merasa weh! Sedap baq hanggg! Bukan main pekat kuah dia. Kalau kat rumah niii, dah bermangkuk-mangkuk Wida tibai macam Wida tibai laksa mak Wida masak. Fuhh Masih teringat-ingat lagi laksa tu. Walaupun nasib kami haritu kurang baik sikit, makcik tu bagitahu yang ikan dah habis. So takda la ikan sekoq tu. Waktu kami sampai tu baru pukul 4.30 kot! Cepat betul ikan habis. Dahsyat dahsyat! Hahaha tak kesah la asalkan dapat merasa kuah laksa dia daripada semalam tak merasa langsung! Balik hotel dengan hati yang kuciwa. Cewah!

Ha tengok tengok tengok! Boleh nampak dah kemantopan laksanye? 
Belom rasa lagi kan kihkih

Masa ni dah tak ramai sangat dah. Ada air kelapa fresh lagi taww

Ni ha. Mula-mula kami dah p duduk kat bawah tu, baru sesuap makan dah rasa membahang panas matahari. Ape lagi cabot la cari meja kat tempat redup. Haha

Ni pulak pandang dari sisi kanan. Airport Langkawi.
Tak susah pun nak cari tempat ni. :D

Lepas kenyang makan laksa, kami lepak dulu kat pesisir Pantai Cenang ni. Kat area banyak batu-batu. Posing-posing sikit. Layan-layan perasaan sikit lepak pantai. Then kami bergerak cari masjid dulu sebab nak solat Asar. Yang bestnye kat sana, tak susah nak cari masjid sebab sepanjang jalan pegi ke Pantai Cenang ke atau ke arah Kuah ke pasti akan jumpa masjid kat tepi jalan je. Memang tak risau pasal solat. Seronok-seronok jugak, solat pun kena jaga jugak. Betul tak? Heheheh!

Posing sat, dah kenyang makan laksa hehehe!

Lepak kat pantai, selfie-selfie. Sampaikan rindu pada deruan ombak yang menghempas pantai *okay dah mula mengarut heheheh!

Duduk kemain gangster kau wida!

Puas lepak pantai, cari port lagi best. Rumah api. Cantik kot! Dengan suasana senja dah nak gelap gitu. Kami menyusur masuk untuk sampai kawasan rumah api. Bergambar lagi! Hahaha!

Ececeh gelak malu-malu la konon. Ni semua idea Mira hahaha!

Posing lagi! Tengok macam model-model kan? Haaa kat sini pun nak melompat jugak! Haihh



HIG lagi!
Okay then lepas selesai semuanya, kami bergerak ke HIG untuk shopping lagi sekali sebelum balik esok. Malam tu memang mood mencari cokelat dan luggage memang menjulang-julang la. Compare sana, compare sini. Akhirnya selamat la membeli, perabih duit. Huhuhuhu T_T

Lama jugak la kami kat dalam HIG tu. Pukul 10 malam selesai dan perut pun mintak diisi la. Disebabkan tak tahu dan tak larat dah nak mencari makan kat mana, kami decide nak makan di foodcourt depan HIG je. Makanan dan harga boleh tahan la.

Lebih kurang 30 minit mengenyangkan perut, terlebih kenyang sebenarnya disebabkan kena paksa oleh Mira untuk sumbat keropok losong pulak dah! Memang memboyot la balik hotel. Hahaha!

13 September 2015

Bangun pagi hari ketiga ni lewat sikit mandi sebabnya semua pakat tak bermaya dah. Wida dengan malam tadi tertido dan tak mandi. Huaaaaa dengan badan rasa melekit air laut lagi hang boleh p tidoq Wida! Aduhaiii apala nasib badan. Disebabkan tiket feri pukul 1, so pagi hari ketiga ni kami isi dengan aktiviti  ringan-ringan je.
Dataran Lang

Mula-mula kami pekena roti canai dulu dekat kedai makan sekitar Dataran Lang ni. Almaklum la perut masing-masing dah berkeroncong. Hehehe! Then kami melakarkan lagi kenangan kat Dataran Lang ni pulak. Muehehe


Nampak ayu je kan? Tapi sebenarnya sebelum tu kami dah melompat sakan taw! Tapi tak boleh la kasi engkorang tengok. Macam-macam gaya ada. Kihkih!


Gambar terakhir sebelum pergi hantar kereta ke tempat sewa

Lepas selesai pulangkan kereta, orang tu hantar kami ke jeti dan tak lama lepas tu kami pun berlepas dalam pukul 1.00 ke Kuala Perlis. Tapi disebabkan hujan, kami sampai lewat sikit mungkin sebab laut bergelora.

Cerita tak habis lagi tu. Lepas je masuk kereta, kami bergerak cari kedai laksa Kuala Perlis. Haaa ini la dinamakan hantu laksa. Dimana saja mesti nak laksa. Hahaha!

Boleh tahan la percutian 6 orang kami. Dalam pukul 4.30 sampai hostel terus pengsan tak sedarkan diri. Kehkehkeh.

Amacam korang? Rasa nak pergi? Serious wida cakap memang best. Tambah lagi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Wida berhenti kat sini dulu okay! Terima kasih sebab sudi membaca. Wida memang cenggini kalau bercerita. Excited lain macam. Hahaha maap sesiap pada watak-watak utama! Byep! See ya!