Tuesday, July 2, 2013

Ombak Rindu Pulau Pangkor

Bila diusulkan, takut.  Tapi bila dah cuba, sampai tak nak balik!

Hehe..untuk pengetahuan, bulan lepas bersamaan 28 Jun 2013, wida ngan kawan kawan wida, (kak ida,dayah ngan huda) pegi Pulau Pangkor atas keputusan yang dibuat pada saat-saat akhir!  Bayangkanlah pukul 10 pagi kak ida mesej wida ajak pegi Pangkor dan lebih kurang pukul 3 kitorang dah terpacak dekat bas stop depan UiTM tu.. hehehe

Citenye macam nie.. lebih kurang setengah jam kitorang tunggu bas, akhirnya sampai la bas Roadways dari Ipoh.  Dari luar kami dah nampak bas tu macam penuh dan bila masuk memang kami semua kena duduk berpisah dan sebelah kami masing masing orang lelaki, ngiahahaha.  

Masa tu baru la tahu macam mana nak duduk dengan penuh berhati-hati, peluk beg kuat-kuat.  Even duit tak de la banyak sangat dalam purse, tapi kena peluk jugak sebab tu la nyawa kami. :D

Lebih kurang sejam dalam bas, akhirnya kami pun tiba la di Stesen Bas Lumut.  Turun je bas, Kak Ida jadi ketua untuk bawak kami ke arah sebuah premis perniagaan untuk kami book chalet yang akan kami tinggal kat sana nanti.
*perghh ayat kemain kencang, premis perniagaan bagai, hehe

So muka-muka kat bawah ni excited nak naik feri la kiranya. Sempat lagi tu bergambar, hehe dan juga gambar dalam feri padahal masing-masing risau pening.  Mula la keluarkan segala jenis asam ngan minyak cap kapak. hahaha



Tengok bawah ni ha sempat lagi tu, hantar report kat encik boypren, ngeh 
*cakap bisik-bisik hehe



Jeng jeng jeng ! dah sampai dah pun, wee happy terlebih ni..


Ni muka happy sebab nak pegi naik van menuju ke chalet ! waaa excited gile ah ! (van pink,haha)


ni muka kanak-kanak yang happy sebab dah sampai chalet yang di-book masa kat lumut tadi.  hehe ekceli excited sebab dah nampak pantai, nak hantar barang cepat-cepat dan terjun! HAHA

nampak tak tudung kembang lain macam? haa angin sepoi-sepoi bahasa kott masa tuuee


sempat lagi berposing depan pintu bilik dulu sebelum masuk -_- 


yeayy nampak tak jalan yang straight ni? hujung jalan tu terus menghadap ke pantai taw. hehe ni excited nak pegi sentuh air laut la ni


muka-muka gembira =)




Kisah kami pada petang tu... tengah syok-syok berposing tangkap-tangkap gambar,, ombak macam biasa la menjalankan tugas dia meratakan semula pasir yang kami pijak.  wida dah perasan ombak kuat semacam tiba-tiba.  dan wida siap boleh agak lagi yang ombak memang akan sampai ke benteng yang dibina untuk rumah kedai yang kat tepi pantai ni, dan dengan sekelip mata kasut-kasut kitorang yang kitorang letak betul-betul kat tepi benteng tu hanyut dibawa air,, ngiahahahhaha apa lagi, menjerit la masing-masing.  walaupun dah taw yang menjerit tu tak kan mengajak brader-brader yang tengah syok tengok kitorang jerit-jerit ni untuk tolong selamatkan kasut-kasut selipar kitorang yang dah ada kat gigi air tu.. HAHAHA

mula-mula dah rasa macam tak da harapan dah nak selamatkan kasut-kasut tu, tapi tiba-tiba nampak ombak tu tolak balik kasut tu ke tepi.  so masing-masing mencicit lari amik kasut masing-masing.  hahaha lawak gila la masa tu. segan pun ada dowh !


sunset !.. ohh really miss this moment

so before balik ke bilik maghrib tu, kami sempat la pesan burger dulu, untuk lapik perut sementara nak tunggu makan malam sebabnya kami nak tunggu cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia dulu.. sanggup ooowww..

haa nampak tak abg burger yang tengah khusyuk memasak tu? haa dia tak makan la ngoratan kitorang, hahaha perasan pulak


Tengok bawah ni, sempat lagi tu bergambar sementara tunggu abang burger tu masak, keh keh keh macam2 perangai..



Yeay! dah dapat dah burger untuk bekalan tengok SSID :)


Kalau dah nama pun anak Melayu, takkan boleh terpisah la dengan nasik ! perut ni mesti berkeroncong kalau tak dapat nasik. hehehe so lepas je kitorang habis tengok SSID malam tu, kitorang keluar la carik makan.  Cadangnye nak makan ikan bakar, tapii perghh tengok ikan dia bukan main mahal.  So kitorang ambik keputusan makan makanan bergoreng jela malam tu. ttsskkk!

tapi kan ! bergoreng pun kemain mahal nye wehh,, total 3 nasik goreng kampung ngan 1 kuetiaw goreng, air laici 3, milo ais 1 = RM28+ .. masa bayar tu rasa macam perghhh tobat len kali kena bawak bekalan la datang sini.. almaklum la kena control penggunaan duit sikit kat sana sebabnye masa plan nak pegi Pangkor ni hanya Kak Ida ngan Dayah je yang dah withdram duit ! Duit dalam purse masa pegi tu ada RM70 je mana cukup kan? hee


. . . . .

Jeng jeng jeng ! haa dah pagi dah pun,, Gemorrrninggg Pangkor! kami kami kami ni semangat bangon awal sebab nak pegi snorkeling, nak main air la!  Tengok muka-muka ceria kat bawah ni,, pandai-pandai sendiri la cari yang mana muka tak mandi pagi. HAHAHA


Bekpes dulu kak ida cakap, takot nanti pening naik bot.. keh keh keh

Roti, milo, mineral water *cewahh speaking sikit


Sebelum turun ke air, main conteng-conteng dulu. hehe perkara biasa orang selalu buat bila sampai ke pantai, mula la tulis nama awek la, boypren la.. haha tapi kami lain ngehhh

Ekceli masing-masing kena tangkap gambar cepat-cepat sebab bila-bila masa je ombak boleh sampai ke tulisan tu, hehe dan terus menyapu bersih segalanya



Ni muqaddimah namanya, haha main celup celup kaki dulu..






Taraa dah dapat dah mainan masing-masing,, eh eh mainan pulak

*lepas ni boleh la berenang-renang, cehh ayat je lebih
*posing dulu dengan kelengkapan masing-masing, haha





Gulp! haaa ni la saat-saat yang paling mencemaskan.  kami ingat kami dapat la naik bot yang ada bumbung, yang macam besar sikit. tapii kami naik bot yang boleh isi lebih kurang 5 orang je tu yang sorang kena duduk kat tempat yang wida duduk kat bawah ni haaa.. perghhh memang rasa macam nak pengsan la bila terpaksa duduk situ.. mencabar tapi OWSEMMMMM !!!



Sebelum turun ke bot, abg owner pakej snorkeling tu offer kitorang untuk bawak pusing jalan-jalan ke pulau-pulau yang ada kat situ, RM5 satu kepala dan kitorang pun terima je sebab dah alang-alang berjalan kan. heheh

SELAMAT MENGHAYATI KEINDAHAN ALAM =)

kat bawah ni batu bentuk macam ikan paus. haa tengok betoi3 nampak takk?


bawah ni pulak macam kepala buaya =) *bukan buaya darat okeh.


bawah ni pulak macam penyu.. ekceli yang ni tak dapat nak nampak sangat bayangan penyu tu tapi tak pe laa.. kami iyekan jela.. keh keh keh



Dan akhirnya setelah puas pusing-pusing tawaf sebahagian lautan yang indah ciptaan Allah ni, kami pun tiba la ke destinasi yang dituju iaitu Pulau ape ntah namanye. hehe tempat untuk snorkeling tu la.

Masa kitorang sampai kat situ memang dah ramai orang ada kat situ, tengok macam best !


pandai oo pilih port sebalik batu besar, tak nak kena cahaya matahari la kononnye.. hehehe 
*acah-acah menyelam la tu kih kih kih



Ni dah sepakat nak berhenti menyelam, masing masing pakat tak mau naik dah.. hehehe
* bergambar dulu sebelum pulang ke pulau =(










taraaa dah sampai pun, lepak lepak dulu di gigi air, main ombak yang agak kuat masa tu =) 


Dah sampai masa untuk membersihkan diri

 Bersiap-siap pulang ke seri iskandar semula

*berendam dulu dalam kolam dekat chalet, sempat lagi main gelongsong kat belakang tu taw, hehehe

Selamat tinggal pantai nan indah

Kami sentiasa rindu untuk datang lagi ke mari

Rindu pada ombak

Rindu pada pantai










Inilah namanya memori

Yang mengetahui penceritaan perjalanan hidup kami

Susah senang dikongsi

Tersemat diingatan

Terpahat dalam sejarah kehidupan

This is what we call FRIENDSHIP

p/s: esoknye buat perjumpaan kira segala expenses masa kat sana,, hehe


No comments:

Post a Comment