Wednesday, July 29, 2015

Post yang Tak Ter-post hahaha

Assalamualaikum w.b.t
Setelah sekian lama Wida tak menjenguk blog ni, akhirnya harini terbuka hati untuk berkongsi serba sedikit perkara yang berlaku dalam hidup Wida dalam masa terdekat yang baru berlalu ni.  Kalini Wida nak share dengan engkorang pasal satu program yang Wida dan kawan2 satu kursus join untuk semester ni di UiTM sahaja okay! hehehe. Dan ianya adalah wajib, sekiranya tak join, kena repeat semester depan ye. Bunyi sangat menakutkan, tapi memang menakutkan sebab kena repeat kot!  Sape yang suka repeat paper woii :p

Pertama sekali wida nak ucapkan syukur, Alhamdulillah.  Akhirnya segala assignment, test, quiz, event, dan kem, Wida dan kawan2 dapat lalui dengan jayanya.  Jaya ke tak jaya, asalkan lepas!  Keh keh letihh kot sem ni, rasa macam nak tercabut kaki, tangan, otak, semua2 la! HAHA gile tak stress!

Okay nak dijadikan cerita, sebelum kem tu kami bebudak bisnes ni ada event pada 18 dan 19 Dis. 18hb tu ada seminar@ceramah. 18 dan 19 Dis tu jugak ada Program Jualan Cari Untung (JCU).  Okay agak2 dapat bayangkan tak kemelut dalam 2 hari tu?  Meh Wida tambah sikit lagi, dalam 19hb tu jugak ada Program Hari Fakulti yang memerlukan kami pergi ke Sport Complex bermula dari pukul 2-6petang.  Cun tak?  Harap engkorang faham la kepenatan, kecapetan, kepeningan kitorang, semua ke ke ke la.

So now lets start with Participant Development Program held in Pendang Lake Resort, Kedah!  Kitorang pegi kem ni selama 3 hari 2 malam dari 20-22Dis 2014.  Jom join Wida mengupas kembali kenangan kat sana. cewahh haha.

Alkisah malam 20hb tu Wida dengan badan letihnya balik dari Sport Complex, kemas barang ala kadar je sebab cadangnye nak bangun awal esok pagi.. Cadangnye laa kan!  So malam tu tido la awal tapi tak awal mane la, dalam pukul 1 lebih jugak.  Tido punye tido tiba2 tersedar sebabnya ternampak cahaya kat tingkap bilik!  Allah!  Dah pukul 7.40 rupanya!  Dengan kelam kabutnya bangun terus cabut pegi mandi. Dalam masa tak sampai 5 minit dah selesai. HAHAHA. Kambing kot!

Kita kembali semula ke bilik ye. Haa kat bilik rasa macam nak cabut satu tangan gosok baju dengan tudung, satu tangan pakai baju, satu kaki masukkan barang2 dalam luggage. Perghhh superwomen kot!  Sesambil tu tangan sempat lagi call officer yang bookan bas untuk pegi nanti. Call punya call, tak jawab. Lepak dulu, buat benda lain. Tak lama lepas tu call lagi. Dapat! Tanya pasal bas, kenapa driver bas tu tak call lagi dari semalam. Risau jugak kalau diorang datang awal atau lewat. Aduhaii ape nak jadi laaa harini, pikir dalam kepala je.

Sebabnya Wida dok sebok pikir pasal driver bas ni adalah Wida ni AJK Logistik untuk kem ni. So Wida yang bertanggungjawab uruskan pasal booking bas ni.  Wida jugak yang bertanggungjawab untuk mencukupkan bilangan peserta2 yang akan join kem ni.  Nampak tak betapa besarnya tanggungjawab ni, kalau tak cukup orang, Wida la yang salah!  Mane la taw ade yang tertinggal ke, tersalah kira ke.. haaa nampak tak betapa pentingnya Wida ni. Kehkeh

Day 1

Tepat pukul 8.30 dah siap packing barang, siap make-up, siap kemas2 ape yang patut.   Tak lama lepas tu Yong(classmate Wida) turun ke bilik Wida.  Dengan tenangnye Wida cakap, "driver bas ni tak call lagi, macam mana ni yong?".  Kelam kabut tolak beg ke pintu, kunci ape yang patut then gerak turun tangga.  Kat bawah ada 4 orang classmates tengah tunggu member2 datang pick up luggage diorang.  Wida terpaksa tinggalkan je beg Wida sebabnye Wida kena ada kat tempat tunggu bas tu masa tu.

Sampai je kat tempat menunggu, rupa-rupanya dua bijik bas tu dah ada!  Mampos!  Ketaq2 lutut pegi jalan dekat pintu bas.  Tengok muka pakcik bas 2 org ketatttt je.  Aduhaiii maap maap maap!  Memang Wida dah mintak kawan2 ready pukul 8, tapi Wida longgarkan sampai 8.30 sebab pukul 8 awal sangat kot!  Kalau boleh nak mintak pukul 9 je taw. heheheh

Dengan tenangnye Wida cakap kat pakcik2 bas tu, "minta maaf ye pakcik, kami janji 8.30 sebab mesti ada yang terlajak sebab kami sibuk sangat semalam".  Then sementara tu Wida mintak kawan2 yang dah ada kat situ masukkan beg2 diorang ke tempat letak barang dan naik atas bas terus.  So tak ade la diorang berkumpul2 kat luar bas tu.  Dalam 20 minit Wida tunggu semua kawan2 sampai, ada yang jalan kaki dari kolej, naik kereta dan motor dari rumah sewa dan yang dah siap2 parking kat tempat yang selamat.  Dalam pukul 9 kitorang dah gerak keluar dari kampus menuju ke destinasi yang dituju.

semua pakat sambung tidoq yang diganggu sebab kena gerak awal. Wida tak tidoq sebab pegi nyembang dengan pakcik driver kat depan hahaha padahal mata macam panda dah

ha ni la kerja Wida dalam bas, nyembang dengan pakcik driver hahaha

Okay dah sampai kita di Pendang Lake Resort! 
Semua pakat turunkan barang dan say bye bye to pakcik driver. Tugas Wida sekali lagi mengira semua ahli cukup atau tidak. Tapi rasanya takda la yang tertinggal dalam bas kot haha!

wajah-wajah kesayangan hamba

sabar je diorang menunggu Wida pegi ambil kunci, tapi excited sebab pemandangan sangat cantik kat sana!

dua orang kuat pada hari ini, hehe perasan

sampai-sampai kita bergambar la dulu, semua gila gambaq ni

Ok! Mari kita check-in dulu :D


Kalau dah namanya perempuan, ada camera, semua boleh bersatu. Tak gitu? hehe!

Lagi. Nampak tak ketidaksopanannye Wida kat depan tu. Ishh!

So lepas sesi bergambar tadi, kami bergerak ke canteen untuk makan tengah hari walaupun sebenarnya waktu tu dah habis lunch hour dah pun. Tapi mana boleh tak makan doh! Semua perut tengah kelaparan masa tu. Licin semua tray kitorang rembat haha!

Lepas selesai makan, bermula lah aktiviti yang pertama. Mula-mula fasi bahagikan kami kepada 6 kumpulan. Dan tugas pertama kami perlu lakarkan logo kumpulan dan prepare slogan dan persembahan sikit untuk present tentang kumpulan kami masing-masing. Gitu la lebih kurang, hehe!


Ni muka-muka dok perah otak nak pilih logo kumpulan haha!

Haa dah tiba masa untuk present logo kumpulan masing-masing. Masa ni masing-masing mencarut-carut je ape yang nak dipresent ni hahaha!



ha tengok ni macam-macam gaya ada! Memang geli hati la tengok masing-masing punya presentation. 

Yang ni kumpulan Wida punya turn. Dari Ajiq dengan si Mirul tu la boleh datangnya ilham pilih nama Silent Assassins tu. Aduhai pendiam-pediam dua ketui tu, tapi kelakar gila. Disebabkan nama kumpulan pun macam tu, so persembahan pun menakutkan sikit la! hahaha!

haa.. ni la logo2 kesemua 6 group kami. Guna crayon je mewarna ni taw hehe!


Okay, dah selesai aktiviti pertama. Then kitorang balik ke dorm, mandi, rehat, solat. Pukul 8.30 kalau tak silap dah kena berkumpul kat dewan untuk aktiviti yang seterusnya. Mula-mula nampak fasi bawak banyak paper lama. Ingatkan nak buat ape la dengan paper tu, rupa-rupanya kena buat baju kira macam ada fashion designer dan model la untuk design dia. Hahaha gitu!

Setiap kumpulan kena cabut satu nama fashion dan perlu buat pakaian ikut nama yang diorang dah cabut tu la. Tapi takde la kena exactly macam betul-betul. Nampak sipi-sipi sifat dan ciri-ciri yang diperlukan tu pun dah cukup dah. Hehehe!
okay bermulalah aktiviti memilih model dan proses mendesign pakaian hahaha

sekarang tibalah masa untuk model-model memperagakan pakaian yang telah didesignkan oleh designer yang tak bertauliah yang dipaksa oleh ahli-ahli kumpulan masing-masing ini hahaha *termasukla Wida ni ha kena paksa jadi designer so kena bagi penerangan la kat depan huhuhu

Tema India

Tema orang Sarawak

Tema Arab *ni kumpulan Wida! hahaha!

Tema hip hop

Tema Korea

Dan begitulah berakhirnya aktiviti yang kedua. Mengekek semua ketawa dengan keletah ahli masing-masing. Satu pengalaman yang manis dan membuatkan kami masing-masing boleh kenal karakter setiap ahli dalam kem ni ;)

Aktiviti seterusnya, ketiga, Wida tak ingat apa nama aktiviti tu tapi dia macam main jual-jual ahli kumpulan.

Okay biar wida terangkan satu persatu
Step 1: Fasi tunjuk nilai. 1 Lelaki RM0.50 dan 1 Perempuan RM1.00
Step 2: Fasi tunjuk nilai yang dimahukan. Orang tersebut perlukan RM8.00 untuk membeli makanan
Step 3: Dalam masa 1 minit perlu cukupkan RM8 dalam satu kumpulan!

*masa ni semua pakat mengira la! main tarik-tarik ahli kumpulan lain sebab nak cukupkan. Kalau terlebih kira, kena tolak pulak! Pastu kena ada volunteer untuk pergi, kalau taknak pergi kumpulan tu akan tersingkir la sebab semua pentingkan diri hahahaha!

Tengok gambar bawah ni macam mana huru haranya keadaan masa aktiviti ni. Ada yang sampai putus jam tangan sebab kena tarik, aduhaiii ganas ganas hahaha

Selesai aktiviti yang ketiga, kami supper dan dibenarkan balik ke dorm untuk rehatkan badan yang dan lenguh-lenguh keletihan bermain, ketawa, macam-macam lagi lah! 

Tapi fasi bagi amaran siap-siap esok pagi kena organize senam aerobik pulak dah! Satu kerja lagiii!

Balik je ke dorm, kami yang memegang jawatan untuk kem ni pulak dok mencari lagu-lagu untuk aerobik esok pagi dengan step-stepnya lagi. Fuhhh berpeluh-peluh la semua malam tu walaupun dah mandi wangi-wangi. Hahaha! 

Waktu tu jugak la kena siap-siap iron baju dinner! Pukul 1 lebih jugak la baru tidur. Aduhaiii sampai ke hari ni masih boleh rasa kepenatan tu. Cewahh!

Day 2

Inilah hasilnya! Berjaya jugak adakan senam aerobik pagi tu. Alhamdulillah berkat kerjasama kawan-kawan semua ;)

Kami mulakan hari kedua dengan breakfast sampai tercekik2 sebabnya terlambat siap. Tapi kenyang jugak la melantak macam singa pun. Heh!

Seterusnya kami terus beratur untuk kira ahli2 kumpulan cukup ke tidak dan briefing untuk aktiviti berat kami untuk hari ni iaitu Flying Fox dan rempuh halangan (ni wida panggil masa PLKN, tak ingat la ape diorang panggil benda2 tu masa kem haritu).

Ha tudia semua muka excited nak mulakan aktiviti, tapi hakikatnya semua nak try flying fox je! Yang rempuh halangan tu tak best sebab perlu gunakan kekuatan fizikal. Tapi untuk Wida, dua-dua best! Hahaha!

Hehe! Gambar tuan punya blog pun mestilah ada! Taraaa!
*masa ni kecut perut taw sebab flying fox ni merentas tasik, dari atas menara tu tengok ke bawah memang gayat gila lah!

muka-muka bahagia dah selesai hahaha!

Semua pakat bersalut lumpur sebab nak dijadikan cerita waktu aktiviti ni dijalankan, hujan turun dengan lebat! Ada yang dapat pengalaman turun flying fox dalam hujan pulak kannn. Best tuuu..

Itulah semua keletah-keletah yang dapat dirakamkan melalui lensa camera AJK Fotografi kami untuk aktiviti lasak pada hari ini. *Cehh lensa camera konon hahaha!

Selesai je aktiviti lasak tengah hari tu kitorang ingat boleh la balik dorm merehatkan diri, rupa-rupanya lepas selesai bersihkan diri, kitorang kena berkumpul semula kat dewan untuk satu lagi aktiviti sebelum dibenarkan untuk buat persiapan dinner malam tu.  Haihhh kekejaman apakah iniiii..

  

Inilah aktivitinya pada petang tu. Main kerus muzik. Dalam letih-letih tu masih bersemangat berebut.  Yang kumpulan lelaki sampai patah kaki kerusi hahaha! So fasi tukar kerusi besi. Bahaya jugak! Terus fasi stopkan game tu. hahahahaha teruk teruk!

Lepas je habis aktiviti petang tu kami dibenarkan untuk menghias dewan untuk dinner malam tu. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Kerjasama semua ahli program memang terbaik la. Sampai ke maghrib kami siapkan dewan. Kelam kabut berlari balik ke dorm waktu maghrib untuk bersiap cecantik untuk dinner. hehehehe..

Nahhh Wida sajikan dengan gambar-gambar persembahan pada malam dinner tu..


Jangan tak percaya Wida perform lagu Pulangkan taw! kehkeh


Sesi penyampaian cabutan bertuah dan king & queen of the night! *tapi nombor Wida tak bertuah la malam ni tskk tskk

Selesai sudah dinner program ni. Segala penat lelah kami berrhasil dengan lancar. Alhamdulillah. Dapat pulak berita gembira dari fasi! Pagi esoknya tak perlu buat senam aerobik! wahhhh manyak syiokkk maaa.. boleh tidur dengan aman! hehehe..

Day 3


Pada pagi hari ketiga, kami semua wajib pakai baju yang dah ditempah oleh ajk yang berwajib sebab nak bagi seragam dan sebagai kenangan untuk kami simpan sepanjang menghadiri program ni. 

*Cewahh! Ayat tak boleh blah la Wida! haha
saat-saat sebelum berangkat pulang ke kampus

Kem-kem macam ni tak sah la kalau tak ada sesi-sesi mengalirkan air mata. Hahaha! Tak kisah la ape pun. Tetap saling maaf memaafkan walaupun lepas ni buat salah semula. Oppssss! Kihkihkihkih..

Begitulah berakhirnya kem 3 hari 2 malam kami. Memang best la course kami anjurkan program wajib macam ni. Atleast kami dapat berkenal-kenalan sebabnya bila dah ada di kelas yang berbeza, susah la nak bercampur-campur bekerjasama kalau tak bersebab. Kannnn? Huhuhu..


So dengan ini berakhirlah entry Wida untuk kali ini. Andai ada kerajinan yang terlebih lagi, ada la perkongsian cerita baru dari Wida ye. Wassalam..